Parti Reformasi Negeri
Parti Reformasi Negeri

Parti Reformasi Negeri

Portal PolitikParti Reformasi Negeri atau State Reform Party (STAR) ditubuh pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[1] Presiden STAR sekarang ialah Lina Soo, yang dipilih menggantikan Patau Rubis, selepas beliau gugur semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[2][3]

Parti Reformasi Negeri

Diasaskan 9 Oktober 1996 (Sarawak)
6 Januari 2012 (Sabah)
Ibu pejabat 262, Jalan Batu Kawa, 93500 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: 082-682595, 082-682739
Pengasas Dr. Patau Rubis
Ketua Lina Soo